
Welcome to Sinar Mutiara Business Coprate Group (M) Sdn. Bhd. (SMB)
SINAR MUTIARA BUSINESS COPRATE GROUP (M) SDN. BHD. atau disingkatkan sebagai 'SMB' ialah sebuah syarikat yang ditubuhkan pada Sept 2024 dan telah didaftarkan di bawah Akta Syarikat 2016. la juga merupakan syarikat Malaysia yang beroperasi dalam sektor Perunding, Teknologi dan Pemasaran. Perunding yang dimaksudkan adalah perkhidmatan konsultasi kepada pelanggan seperti nasihat perniagaan atau penyelesaian masalah bagi setiap pelanggan. Manakala Teknologi dan Pemasaran adalah dari segi pengurusan IT dan pengurusan jabatan pemasaran yang kami tawarkan kepada pelanggan.
About Us
Syarikat kami menjalankan perkhidmatan Konsultan, Teknologi dan juga Pemasaran. Di mana peranan kami sebagai Konsultan untuk memberikan nasihat nasihat strategik dan teknikal kepada syarikat-syarikat lain yang mengambil perkhidmatan kami. Hal ini membantu mereka mengoptimumkan operasi syarikat mereka, strategi perniagaan dan mencapai matlamat korporat mereka. Dari aspek Teknologi pula, 'SMB' terlibat dalam pembangunan dan penyelesaian IT bagi membantu klien kami untuk mengatasi cabaran-cabaran teknologi pada era digital masa kini. Manakala dari aspek Pemasaran, kami menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang membolehkan klien-klien kami meningkatkan jenama mereka dan mencapai matlamat mereka dari segi pemasaran. Ini juga termasuk dengan strategi-strategi pemasaran, pengiklanan, pemasaran media sosial dan menganalisis pasaran dalam negara.
Misi
- Memberikan Kepakaran: Menyediakan perkhidmatan konsultasi yang mendalam dan berkualiti tinggi bagi membantu pelanggan mencapai matlamat khusus perniagaan mereka serta penyelesaian yang berkesan.
- Produk Yang Berkualiti: Menawarkan produk dan perkhidmatan yang terbaik & berkualiti tinggi mengikut kehendak pelanggan.
- Keutamaan Pelanggan: Memastikan kepuasan pelanggan yang tinggi melalui pendekatan yang fokus kepada hasil, komunikasi yang jelas serta penyelesaian yang sesuai dengan keperluan khusus bagi setiap pelanggan.
- Latihan dan Pembangunan: Menyediakan latihan dan sokongan berterusan kepada pelanggan dan kakitangan kami bagi memastikan kemahiran dan pengetahuan yang diberikan seiring dengan perkembangan masa terkini.
- Penilaian Prestasi: Sentiasa menjalankan penilaian prestasi berkala setiap projek atau strategi untuk memastikan hasil yang optimum.
Visi
- Kecemerlangan Strategik: Menjadi syarikat yang terbaik dengan strategi mantap dalam menyediakan konsultasi penyelesaian inovatif dan berkesan dalam bidang pengurusan, teknologi, dan pemasaran, yang memacu kejayaan serta pertumbuhan perniagaan pelanggan kami di Malaysia.
- Pembangunan & Kerjasama: Membangun syarikat dan membina rangkaian kerjasama dengan rakan kongsi industri bagi memperluaskan lagi perkhidmatan kami.